Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label BREASTFEEDING. Show all posts

Friday, April 5, 2013

5th Maternity & Children Expo

Friday, March 1, 2013

Banyak Ker Hasil

Monday, February 4, 2013

Tergengam Jua

Syukur alhamdulilah atas rezekimu ya allah..
akhirnya niat mau pkai FS nie tercapai..
Thanks cik somi tchenta atas support dan sponsor..
w'pon si isteri kena topup skit..
semoga rezeki anak ku terus dlimpahkan dgn susu yg melimpah ruah..
wahhh syukur..
tuk cik Avent jgn sedih okehh..daku xkan melupakanmu..
engkau tetap pilihan terbaikk
w'pon engkau sedikit comot skrg..hehehee

balik umah sibuk mencubee..cik somi pon xcited
nak tengok hebat cmner sangat FS nie katanya hehehehe..
lps nieh xlehh nk malas2 pump..ingatttt tue!!!

Monday, December 31, 2012

Ingin Berubah Angin

Wish list tuk tahun baru 2013 wahhh dah beriaa sangattt!!
Hati dah tgedik2 rase nak Medela Fs..adoiiii cmner nieh sapa mau sponsor..harge bukan murah beribu riban nieh..cik somi dah gtau awai2..buat mase tdekat nieh dia xleh m'nolong coz ada bajet tuk hal yg penting, tapi diberi jaminan kalau ada lebihan akan diganti balik..haaa mula2 hati terasa sedih tapi disebalik jaminan kembali tersenyum heheheheheee..

...Nampaknye kena sponsor diri sendiri laa erk..

Tapi mesti ramai yg t'tanya kenapa nk tukar b4 nieh pkai Avent Manual ok jer..
haa klu nk tauuu dengan Avent mmg b'puas alhamdulilah dia bkhidmat dengan baik sepanjang myusu abg zahin then skrg d'gunakan utk adik zhafif..so perjalanan dah 2thn lebihkan..

Jadi keadaan pump dah nampak sedikit kurang cantik..
sudah nampak sedikit calar2..
part-part sedikit nmpk longgar..
alasan lg* bila anak dah 3 nieh banyak urusan kena d'uruskan adakala tersedar
sudah tibe masa untuk  time pump,
bila adik sudah kenyang so xleh nak pakse dia nyonyot
jadi wajib d'pump utk simpanan
tapi disebabkan k'tiadaan masa terpakse tangguhkan masa pump..rugiiii
tapi kalau dengan fs mesti sempat coz fs dengan kuase motor..
bukan kuasa manual
kukuh tak alasan saye!!! hehehehe..

Setengah pemikiran org kata membazir jer beli pump mahal2
dengan pump biasa ok jer tapiiiii

Kadang tue tpikir klu org sanggup korban kluarkan duit
tuk pelbagai gadget terbaru yang canggih manggih nieh
apa salahnyer kita bkorban tuk semua ini, lgpon semua ini yg terbaik tuk anak kita kan..
mydebab#zhafif#4m 6.5kg

**sekarang mood m'google harge n penggunaan psl medela fs nih..feedback mmg kebanyakan mengatakan bpuas hati...n berbaloi..

Monday, December 17, 2012

Takkan Mengalah

Tuesday, October 30, 2012

Bawa Stok

 Alhamdulilah syukur selamat sampai, soweii ni citer ahad lepas kami 1family dah balik k.l, so stok adik yang paling m'risaukan 1st time buat mcmnie..dengan lalulintas yg tak tentu jem, perjalanan 4jam bertukar ke 6jam adoiii xde benda lain dah pikir yg penting keadaan stok ebm tersebut..
Hanya menggunakan tong ikan..
dipenuhkan dengan ketul ais, then tabur dengan garam dan last part
tudung dgn paper..
 Bawah timbunan ais batu, stok ebm adik..w'pon xsebanyak mna aku tetap nk bwk balik
tuk stok nk masuk kejaa,,risau stok xbanyak mcm org lain tp bsyukur..yg penting niat seorang ibu kan..
tengok maseh ok kan..risau takut2 ada cair sedikit terpakse laa adik hbiskan dlm mana 24jam
tp bila tengok syukur dlm keadaan baik..
xtvt 1st sekali bila sampai umah..
setelkan stok adik dlu..stok skrg ada dlm 30btl alhamdulilah rezeki adik..

Monday, September 24, 2012

1 Month

Wednesday, August 1, 2012

Ogos Yang D'tunggu

Wednesday, June 13, 2012

Kembali Tercari-cari

Monday, January 9, 2012

Redha

Sedih rasenyer..
tapi redha dan tetap bersyukur adik dapat fully BF selama 1y..
sekarang stok adik semakin berkurangan...dah pelbagai usaha telah ibu try tapi tetap sama..
stat mggu nie adik terpaksa dicampur dengan Formula Milk..Sowei erk adik..
Insyaallah nnt kalau ada rezeki..kita continue balik okeh!!

**hari 1st beri adik susu FM...menangis xnak, sekuat2 hati xnakk jugak tp selepas 2..3minit penat menangis adik mengalah n minum jugak!!! Hati seorang ibu tetap menangis sedihhh..sowei adik ibu terpakse..coz nnt kalau kat umah BS adik nak minum apa kan? :(

mOOd ~ Sedih!! Ker ada sebab lain kenapa susu adik kurangkan..tetttttss!!

Friday, November 25, 2011

Pagi-Pagi

Salam Jumaat seme..arinie mau citerr rutin pagi-pagiku...Citer ini asyik tertangguh jeww..so arinie dengan berkat kerajinan..terbit jugakkk citer niehhh..pasal apa lagik klu bukan bekalan adik ke umah BS..tapi b4 hari menjelang pagi..malam b4 tido kena transferkan stok susu dr atas fridge ke tingkat bawah..mmg kena alert b4 tido..stok yang biasa aku keluarkan biasa 2-3botol sahaja..aik sikit jer cukup ker...haaa jom sambung citer d'bawah..


Inila Stok Adik spt Gambar bwh n Atas..
Bahagiah Pintu mmg sentiasa penuh..tapi bahagian yang satu lagik selepas bulan puasa stok kurang sedikit..
coz bulan puasa..aktiviti m'gepump dikurangkan..lagi pulak sekarang jumlah susu ditingkatkan b4 nieh hanya 3oz sekarang dah 4oz..Adakalanye bahagian  gbr kedua penuh itu mmg stok meriah bukak pintu pon tersenyum suka..sukaa..jew..:)..Tapi itu dlu sekarang paling banyak pon atas 4-5 botol..Tapi xsemestinyer sekarang tiada senyumam..still ada dan bersyukur lagi..Walaupon stok utk zahin xsemeriah momies yang lain..Tapi alhamdulilah cukup..Rezeki Adik Sentiasa ada..Walapon adakala terpakse hardworking sedikit M'gePump..Misi wajib diteruskan lagi pulak next month adik dah nak masuk 1year..owh sungguh xsabar n terasa mau bangga..

..continue..keesokkan paginyer sure susu yang keras menjadik cair tapi xsepenuhnya so rendamkan sekejap dlm air..
sambil menunggu susu cair..masakkan adik bubur..coz sejak zahin dah masuk 6bulan lagi kena bangun awai sedikit coz klu lewat mau beras tak menjadi bubur phm2 jerlaaa nak tunggu beras m'gembang kan mengambil masa yang lama...

setengah momies guna slow cooker..coz senang masak dr malam sambil kepagi xyah risau yang penting sukatan kena betul dgn air..bangun pagi siap terus bubur...tapi ibu zahin nieh xnak beli semua tue..coz dah terbiasa masakkan bubur di'pagi hari since si kakak baby lagi..mmg rutin pagi2 gitu laa..yang penting api kena betul control n sedikit tumpuan utk mgelakkan nasi menjadik hangit..tapi alhamduliah buat masa sekarang hanya sekali 2kali sahaja nasi hangit...ops!!!apalagi masuk dlm tong sampah jerlaaa..dann apabila kesss terlewat bangun terjadik ibu zahin tetap mau masak jugak spt oat n serbuk beras perang dr cosway then masukkan puree yang tersiap sedia dlm fridge..nak tahu mcmne buat nyer spt di entry Penyediaan Puree..ermmm masa dperlukan hanya sekejap..alhamdulilah sehingga sekarang zahin xpernah diberi nestum..cerelac atau sebagainya yang instant..Adik terus mendoakan ibu menjadik seorang ibu yang rajin memberi yang terbaik untuk anak2 okeh!!!
Siap dimasak dengan suhu kepanasan terus dimasukkan ke dalam thermos..suhu tersebut maseh kekal coz nnt time adik nak makan xpayah susah2 suruh B.S panaskan..lgpon malas laaa nak bagi arahan itu ini untuk B.S, terasa spt myusahkan org pulak janji dia jaga anak kita sebaik mungkin syukur alhamdulilah..dengan adanya thermos mudah dan senang..nak g jalan2 mudah terasa bubur masih panas2..ermm nyum nyummm adik mkn..

next step ambil susu yang fresh hasil dr tuaian semalam..dikeluarkan dan terbalikkan sperti didalam gbr tujuannya untuk meratakan lemak yang terkumpul d'bahagian atas then goncang perlahan2 untuk sebatikan air susu tersebut..bekalan adik ke rumah B.S ibu sediakan 6botol x 4oz..adakalanya habis..adakalanya xhabis coz sejak adik mula makan solid food susu kurang sedikit..


next step buat tagging..susu yang fresh letak no 3.4.5 dan untuk ebm yang dicairkan tagging no. 1.2, why erk..coz susu yang beku apabila dicair tidak buleh dibekukan kembali dan hanya bertahan 24jam..so utk fresh itu wajib letak no akhir coz apabila ada lebihan dr umah B.S terus transfer masuk tempat keras..so xmembazirkan?..dan satu lagik susu terus dipanaskan dan dimasukkan di dalam botol..apabila adik lapar terus jer B.S kasi xyah susah2 utk B.S panaskan coz adik biasa pagi2 tido so nak bagi direct feed pon kadang xbole kesian pulak mau kejutkan..
Ending utk citer pagi-pagi..mudahkan uruskan bekalan utk adik..tapi setengah ibu merasa leceh utk semua nie..tapi percayalah apabila sudah terbiasa kita merasa senang untuk handle..lagi pulak kita akan merasa puas dapat memberi yang terbaik utk anak..anak adalah segalanyer untuk kita..kalu korg nak tahu sejak mulakan niat utk bf adik..aku terasa diri nieh lebih berdisplin, lagi2 berdisplin dgn masa utk mgepump..dan menjadik seorang yang rajin..ops b4 nieh malas ker? haaa nak tahu tanya ler myhusband heheheee...mestilahh si suami memuji si isteri kan abang..keh2..stop pot pet itu sahaja dipagi jumaat..semoga niatku dapat diteruskan untuk fully bf sampai adik 2year..semoga rezeki adik dipermurahkan..AMIN..

**mesti korg tertanya2 kan benda apa kaler biru itu..haaa itu adalah Chiller..tujuannya untuk myejukkan susu bertahan selama 8++jam apabila dimasukkan dlm cooler beg..so stok susu xyah ditransfer masuk ke fridge umah bs..stengah momies guna ice pack..tapi bagi aku lebih prefer pakai chiller coz kualiti lebih tahan lama..Senangkan..Enjoy Breastfeeding..
Ibu Tenkiuu..Zahinnn Caayannggg Ibu

Thursday, November 17, 2011

Benarkah Air Susu Ibu Menentang Kanser?

Hasil daripada kesemua kajian yang dijalankan, terbukti bahawa air susu ibu, yang ratusan penulisan mengenainya telah diterbitkan, melindungi bayi daripada kanser. Hakikat ini telah diketahui meskipun mekanismenya belum difahami sepenuhnya. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.Catharina Svanborg, seorang profesor imunologi klinikal Universiti Lund di Sweden, ialah ketua kumpulan peneliti yang menemui rahsia ajaib air susu ibu ini. Pasukan tersebut menerangkan keupayaan air susu ibu dalam menyediakan perlindungan terhadap pelbagai bentuk kanser sebagai satu penemuan yang menakjubkan.Pada mulanya, para peneliti mengkaji sel-sel lendir usus yang diambil daripada bayi-bayi yang bari dilahirkan dengan air susu ibu.

Mereka mendapati bahawa penyakit pneumonia yang diakibatkan oleh bakteria Pneumococcus dapat dihentikan dengan berkesan oleh air susu ibu. Bahkan bayi yang diberi air susu ibu amat kurang mengalami masalah pendengaran berbanding bayi yang diberi minum susu formula dan risiko jangkitan penyakit pernafasan yang terlalu rendah.Selepas beberapa siri penyelidikan, didapati bahawa air susu ibu juga memberi perlindungan terhadap kanser. Setelah menunjukkan bahawa kanser limfa di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula semasa fasa kanak-kanak berlaku sembilan kali ganda, mereka menyedari bahawa hasil yang sama juga berlaku untuk pelbagai jenis kanser yang lain.Berdasarkan keputusan tersebut, air susu ibu berupaya mengenal pasti sel-sel kanser secara tepat lalu memusnahkannya. Zat bernama alpha-lac (alphalactalbumin) yang banyak di dalam air susu ibu menjejak dan membunuh sel-sel kanser. Alpha-lac dihasilkan oleh sejenis protein yang membantu pengeluaran gula laktosa dalam air susu ibu.

Tuesday, October 11, 2011

Air SuSu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Pemberi Rahmat dan Nikmat yang tidak terhingga banyaknya, serta selawat dan salam tercurah kepada Rasulullah s.a.w yang telah mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya terang benderang menerusi risalahnya yang amat berharga.

Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini sering dikatakan dalam berbagai surah dalam Al-Quran seperti:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:
“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233
“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)  kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23
 ” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

Antara kupasan ayat-ayat Al-Quran ini adalah:
* Setiap ibu disyorkan menyusui anak mereka secara terus selama 2 tahun jika hendak menyempurnakan penyusuan itu
* Jika terdapat halangan menyusui anak: Ibu sakit, ibu tak boleh menyusukan anak, tiada paksaan dalam melaksanakan dan memberikan hak anak iaitu menyusukan mereka.
* Jangka waktu yang terbaik sebagai pedoman menyusukan anak, sesungguhnya telah ditetapkan oleh Allah swt
* Dibolehkan menyusukan anak kepada ibu yang lain (anak susuan), tetapi haruslah ada mesyuarat di atara semua yang terlibat.
* Hukum ibu susuan dan anak susuan
* Anak susuan adalah anak yang disusukan bwh umur 2 tahun. –>
*** saya dapat soalan, bolehkah suami minum susu isteri dan adakah dikira sebagai anak susuan? Jawapannya tidak :-) Minumlah kalau nak minum, mana tahu susu isteri terlalu banyak dan suami mahu minum. *** :-)

Juga apabila tiba hari kiamat:
“Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”- Surah Al Hajj- ayat 2
Selain itu, kisah Nabi Musa a.s, yang mmg sgt2 menyedarkan kita tentang pentingnya setitis susu ibu ini. Saya sgt sebak dan menangis membaca tafsir dari ayat suci ini. Masihkah anda ingat tentang kisah ibu Musa yang merasa khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan, Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:
” Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, ayat 7

* Secara saintifiknya hormon Oksitosin yang dirembeskan oleh otak si ibu semasa menyusukan anak akan menenangkan hati si ibu and bring calm to baby as Oksitosin adalah “hormon penenang” atau “hormon kasih sayang”. So, ibu akan rasa tenang dan anaknya juga akan rasa tenang. Jadi, ibu Nabi Musa menghanyutkan anaknya dalam keadaan yang tenang tanpa tangisan si kecil. Jika difikirkan, “Sanggup kita hanyutkan anak ketika saat anak meraung-raung kelaparan dan kesedihan?”

Kemudian Nabi Musa di ambil oleh dayang istana Firaun, dan isteri firaun memujuk Firaun untuk membela Musa kerana baginya Musa penyejuk mata dan hati nya. Maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse) – waktu itu tiada susu formula- untuk susukan Musa yang masih bayi. Beribu-ribu orang beratur hendak menjadi ibu susuan Musa. Lantas Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Kemudian Allah swt berfirman:
” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya)  sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, ayat 12

* Nabi Musa rejected all the wet nurses kerana dia sudah merasai “the first taste of mother’s milk” – susu ibunya sendiri sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sbg ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya.
” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, ayat 13

Disini kata seorang ulama’, kisah di dalam Al-Quran hanya mendatangkan hikmah, pengajaran dan manfaat, namun bagi orang2 yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka utk merealisasikan pada kehidupan di dunia yang realiti. Sungguh saya malu. Mengapa mereka di sana lebih arif daripada kita, sedangkan kitab suci ini telah berabad berkurun lama di bekalkan kepada umat Islam sebagai panduan.

Sungguh, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “Menyusahkan je anak asyik nak berdakap. Budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tau, sayalah org yang paling dicari ketika itu. Sangat tidak wajar jika ibu terganggu yang amat dgn tangisan anak dan terus memberinya susu dgn harapan anak berhenti menangis – supaya anak mereka tidak digelar “anak kuat menangis” atau “anak suka buat perangai” atau “bagus baby saya, x suka nangis, dapat susu sebotol tidur senyap”. Tangisan bayi adalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. Pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?

Kalian, marilah kaut ilmu untuk menyusukan zuriat amanah Allah ini. Risau melihat kes2 bunuh, kes2 situ sini sana. Selagi boleh kita berusaha. Mulanya, dari air susu kita. Air susu hikmat yang diberi oleh pencipta kita utk anak-anak. Percayalah, susah kita sekarang (memerah, menyusu, mendidik) ada hikmahnya di masa hadapan.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Maafkan atas kekurangan. Wassalam
*Bonda: Titis2 susu buatmu anak-anakku.
*Info Pn Farah Sarakids

Wednesday, October 5, 2011

Up..up..

Salam seme..sedikit info rahsia stok susu yang banyak dr Puan Farah..

Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 2@ 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).

Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI

Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.
*Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.

Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.

Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita.

* bonda: bila kita mahu, bila kita usaha, ia akan tiba. bila ada alasan, ianya tak kemana.
 
p/s: Aku harus kuat utk lalui seme ini, aku mesti ingat pesan bonda!!..ya allah kau permudahan niat murni hamba mu ini amin..

Friday, August 12, 2011

Menyusu Badan dan Kalsium

Ramai yang menyangkakan ibu yang menyusukan akan mengalami osteoporosis atau reput tulang dalam masa yang singkat. Ini kerana pendapat yang mengatakan susu ibu diperbuat daripada kalsium, ia menyerap kalsium dalam badan ibu dan akhirnya menyebabkan ibu itu kekurangan kalsium.
Ini adalah pendapat yang salah!
Menurut kajian, ibu yang menyusukan anaknya, mengalami 3 kali ganda KURANG risiko daripada wanita yang tidak menyusukan anak dalam me nghadapi osteoporosis. Ini kerana tubuh badan seorang ibu menyusu itu begitu istimewa, ia mempunyai keupayaan untuk menyerap kalsium dengan lebih berkesan daripada mereka yang tidak menyusu. Sekaligu mengurangkan riiko penyakit batu karang.
Indah kan? Penyusuan ibu itu bukan hanya memberi kebaikan kepada anak, tapi juga banyak manfaat kepada ibu. Betapa besarnya kekuasaan Tuhan dan Maha Adilnya Tuhan

sumber Sususihat

Wednesday, August 3, 2011

Dah Baca Harian Metro?

Salam  ramadhan utk hari k3..ibu2 yg bf still okes kan? Alhamdulilah Allah Permudahkan SegalaNyer.
hopefully seme baik2 n sehat2 belaka yer..
Hari nie juz nak share sedikit citer2 tentang Bf nieh..sonok lak tengok sekarang banyak sangat info tentang kebaikan bf nieh..dah banyak keluar masuk majalah. paper dan segalanyer..dengan cara ini buleh mbuka mata mommy2 baru kan..utk arinie dipaper Harian Metro Cabaran Menyusu d' bulan Puasa..
Puan Zafifah, Kaunselor Laktasi,
Kaunselor Rakan Penyusuan Bayi Malaysi (MBPC)
stok susu dia mmg banyak besh..rezeki..rezeki
ini pulak Puan Farah tokei Sarakids..dah semakin glemer dengan citer penyusuanNyer..

Berita lebih lanjut leh dapatkan harian metro harinie yer..

Mommy2 seme still pump ikut sesi yg sama ker?
kiter kurangkan 1sesi laa bukan apa takut dehidrasi pulak coz bulan puasa kan kurang minum air
..ermm xpe kot kan..dan hasil diladang, alhamdulilah total 15oz leh dpt dlm bulan yg mulia nieh..

Friday, July 22, 2011

Kisah Penyusuan

Salam jumaat..salam segala penghulu hari..
Kadang2 selalu terpikir n myesal nape masa lahirkan si kakak aku xnak BF mcm si adik skrg..aku akui mmg rase benda tue remeh n susah sgt tuk aku tempuhi..susu mmg masih ada masa kakak berusia 1bulan lebih tapi time tue aku dah perkenalkan susu formula untuk kakak..coz hati aku berkata nnt nak keja cmne? so kakak dikenyang dengan susu formula! sowei kakak ibu hanya berikan susu ibu selama 2bulan shaja seme ini disebabkan ibu kekurangan ilmu, ibu pandang remeh ..SO SOWEI SAYANG

Susu badan nieh akan terus merajuk n semakin kering apabila kita diperkenalkan susu formula pd bayi..bayi akan myukai n memilih susu yg sedap dan yg cepat kenyang..susu ibu jugak akan bkurangan apabila permintaan berkurangan..susu ibu akan bertambah jika permintaan sentiasa ada..oleh itu kekerapan myusu @ pump akan menambah susu badan..kita jangan pikir bila cik B dah membengkak ok susu banyak!! seme itu salah..jikalau sesi pump kita dilakukan dengan konsisten 2@ 3jam skali, insyallah rezeki sentiasa ada. kita jugak buleh prepare dr awal dengan mgumpul stok selama dlm pantang..seawal 3minggu b4 mula bkerja..

Sekarang aku tabik springggg kat member2 yg dapat anak 1st dah fully BF w'pon berkerjaya alhamdulilah pemikiran dorg terbuka dan pikirkan yang terbaik utk yg tersayang..bagus pilihan anda mmg tepat..good luck sehingga baby 2years okay!! tapi kadangkala rase myesal n kesian coz sesetengah ibu m'anggap seme benda remeh, malas laa nak beli segala pump yg mahal tue..cube anda banyakkan dan buat pengiraaan hanya dengan membeli pump yg bharga rm200 (murah dr nieh pon ada), storage botol , cooler beg, chiller dan sebagai xkan habis dalam rm500..dan anda bayangkan jika anda membeli skotak susu yg berharga rm30, cuba darabkan dengan 6bulan so yang mana lebih untung? itu pengiraan untuk 6bulan, tapi tuk setahun 2 tahun seterusnya cmner pulak?..mitos kebanyakkan ibu mengatakan ermm susu dah kering laa..baby xnak isap laa susu dah xde..seme tue salah siapa..so buleh tanya diri sendiri..yang penting semangat seorang ibu utk anak Nyer..

OLEH itu bila aku pgnentkan adik aku nekad utk BF kan adik alhamdulilah allah permudahkan segala..aku memberanikan diri n sanggup tanggung risiko sediakan segala peralatan utk myusukan adik..beli pump..botol storage..cooler beg..seme itu aku xbeli dlm masa sebulan tapi sedikti demi sedikit so xrase sangat duit keluar..p2 banyak membaca dan sentiasa mencari ilmu, lgpon skrg mmg banyak info2 berkaitan susu ibu..search jer kompom ada..cara simpanan, cara persediaan susu ke nursery..seme itu mudah bila kita dah tahu cara yang betul..alhamdulilah seme ini akan lebih myenangkan pengasuh hanya panaskan dengan air suam, xyah nak membancuh so mmg xsusahkan nak handle..utk permulaaan bg membiasakan diri mmg akan berasa rumit tapi insyaallah lama kelamaan benda akan menjadi mudah n mjadi rutin harian kita..anda akan HAPPY n ENJOY sangat tengok baby membesar dengan susu ibu..support dr suami pon penting yer..alhamdulilah Mysomi sangat myokong tenkiu abanggg..w'pon dia tidak banyak membaca tapi dia faham kebaikan bila kita dapat myusukan anak sepenuhnya..family n kakak2 banyak jugak bagi support dan paling besh akak aku dapat myusukan 3org anak..cayaaLahh Mysis w'pon fully housewife mmg org ingt senang coz xkeja tapi ada jugak yg ibu tak bkerja xfully BF anak spenuhnya..

Tapi paling aku suka tgk seorg kwn aku nieh a.k.a Akak Lynn..mmg allah bagi semangat n kekuatan yg tinggi..sangat tabah lalui segala dugaan yg mendatang atas apa yg berlaku terhadap cahayamata kesayanganNyer, seme disebabkan kecuaian pengasuh..aya tahu akak mmg seorang yg tabah dan sampai sekarang akak kuatkan diri utk BF kan darwisy, w'pon permulaan susu kurang tapi akak bertekad nak susukan darwisy jugak akhirNye stok susu darwisy semakin banyak sekarang dan mmg banyak dari aya..dan apabila aya give up apabila stok berkurangan akaklah org kuat yg banyak suppot aya thanks banyak2 akak..kesabaran akak yg kuat untuk BF kan darwisy mmg sukar kerana rangsangan untuk mengisap tidak seperti baby yang lain..seme tuk mgambil masa yg lama selama 20-30mnt utk darwisy mgisap..tapi akak teruskan usaha utk mberi w'pon darwisy m'nangis kelaparan, dengan pujukan n support dr seorang ibu darwisy dapat merasai sedikit demi sedikit utk mgisap dan mhilang kelaparan..good boy darwisy awak mmg bamm bammm..n semangat dengan susu ibu..dan antiiee doakan darwisy cepat sembuh yer sayang..blog Ibu Darwisy

Oklaa dah, inilah kisah yang nak dikongsi dhari jumaat yg mulia nie..kisah nie xde mciterkan tentang sesiapa hanya untuk sharing shja..k nnt ada masa kita citer2 lagik ok..so teruskan usaha anda tuk yg tersaayang..Tuk arinie..rezeki adik dipagi jumaat 1st sesi 9.5oz..syukur..

Pengeluar
v
v
v
v
v
v
v
 Produk
v
v
v
v
v
v
v
 Pengguna