Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Yukids Island

Friday, December 9, 2011

Makin Berisi Makin Berseri

Maseh kenal dengan artis berkaki ayam nie bila buat show..haa siapa lagi kalau bukan Elyana cumel kan dia sekarang walaupon npk sedikit berisi selepas melahirkan anak tapi keserian kebahagiaan diwajah elyana makin terserlah..cantikkk..beliau melahirkan baby girl yang diberi nama "Cinta Sumayyah"..

Latest pic from blog Elyana semasa photoshoot untuk majalah Keluarga..
So korg semua cmner? nak berisi ker nak kurus..sure jawapan semua mau kuruskan termasuk la
tuan punye blog nieh..tet!!

Thursday, December 1, 2011

Dah Baca Novel..Jom Tengok Wayang

Bulan dihujung tahun..selamat datang Disember..owh sunggoh sekejap masa berlalu..tup tupp dah masuk bulan disember...Haaaa bila 01/12/2011 sure pembaca novel2 tak sabar2 untuk tonton movie Ombak Rindu dipawagam yang terdekat..kaki2 pembaca novel mesti dah familiar dengan novel ombak rindu ni..novel femes tu...jalan ceritanya memang best...ya aku pernah membaca tapi jalan citernyer aku sudah kelupaan..owhhh ingatan yang kurang kuat..maybe ibu dah beranak dua kann..ceh!!! alasan..harap-harap filem ni akan best macam novelnya juga la...jom kita tengok sedikit sinopsis dr novel tersebut...

Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Antara para pelakon nyer Izzah : Maya Karin, Hariz : Aaron Aziz, Mila : Lisa Surihani dan Wafiah : Umie Aida...ermmm maya karin jd izzah? sesuai ke tak xtau la...harap2 menjadi la dia bawak watak izzah tu...
dan filem nie meletop dipawagam....selamat menonton ;)

Saturday, November 26, 2011

5 Lagu yang Tercalon Separuh Akhir Minggu Kedua ( 25 November 2011)

Thursday, November 24, 2011

Memalukan..Kesian Yuna

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yuna yang ditarik kemenangannya dalam kategori utama Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan tidak bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang.


Dia yang bakal memasarkan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat berkata, penjelasan sepatutnya bukan daripada pihaknya sebaliknya Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur perlu mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan dengan terperinci bagaimana masalah itu berlaku.

“Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan majlis anugerah berprestij. Apatah lagi AIM itu sendiri mempunyai tanggungjawab besar untuk mengangkat industri muzik tempatan.

“Saya membesar dengan mengagumi penganjuran AIM sebelum ini. Apabila memenangi anugerah yang amat saya hargai dan ditarik balik atas kesilapan yang dikatakan sudah tentu rasa terkilan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro difahamkan RIM dijadualkan mengadakan sidang media bagi menjelaskan mengenai kesilapan teknikal yang berlaku itu pada petang ini. “Saya diberitahu mengenai kesilapan itu dua hari lalu,” kata Yuna.

Pada AIM18 yang berlangsung 12 November lalu Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai diumumkan pemenang Lagu Terbaik menerusi singlenya, Penakut.

Selain Lagu Terbaik, pada majlis anugerah berprestij yang mengiktiraf karya terbaik karyawan muzik tempatan itu, Yuna turut memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Anugerah Kembara.

Yuna berkata, kesilapan yang berlaku akan menyebabkan ramai pihak akan hilang keyakinan terhadap RIM dan penganjuran AIM itu sendiri.

Menurutnya, lebih membimbangkan kemenangan bagi kategori lain dimenangi penggiat muzik tempatan turut dipertikaikan kerana mungkin kesilapan berlaku. Katanya, sejak awal lagi dia mengikuti segala syarat diberikan RIM untuk mempertandingkan karya dihasilkan dalam AIM, terutama membabitkan pencalonan karya dihasilkan harus 100 peratus anak tempatan.

Syarat ditetapkan juga menyebabkan albumnya tidak dipertandingkan kerana tiga daripada lagu dihasilkan dikatakan tidak layak kerana ia untuk pasaran luar.

“Saya akur dengan setiap syarat diberikan, tetapi apabila kemenangan ditarik balik sudah tentu timbul kekeliruan. Bukan saja kepada saya, tetapi seluruh penggiat industri muzik tempatan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan ada pihak melihat apa yang berlaku sinis dan kelakar. Apatah lagi penganjuran AIM membabitkan dua entiti besar iaitu RIM sendiri dan jabatan audit diiktiraf,” katanya.

Kata Yuna lagi, sebenarnya sewaktu diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik, dia sudah berasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, kerana syarat untuk memenangi anugerah utama itu, lagu dihasilkan dan didendangkan haruslah menjuarai kategori dipertandingkan.
“Ketika majlis sidang akhbar perkara sama turut ditanya wakil media, bagaimanapun pihak penganjur mengatakan untuk kategori Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik dinilai juri berbeza. Perkara itu sudah dimaklumkan dan semua pihak faham.

Yuna...kewibawaan AIM terjejas

“Saya sendiri akur dengan penjelasan itu memandangkan untuk tahun ini ada beberapa perubahan dari sudut syarat dibuat RIM mahupun Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi),” katanya.

Wednesday, November 23, 2011

Menang Hadiah Dengan Masterchef

Haii korg seme...nak citer pasal masak2 nieh..apa lagik kalau bukan Masterchef. Erm dah separuh episod baru nak buat entrykan..hehehe...so cmne suka masak tak? Mana la tahukan b4 nieh nak masak mcm liat2 dan lemau-lemau jer kan..kena lakk seorg wife@ibu yang bekerjaa sure letihkann..tapi aku rase sejak ada MasterChef Malaysia di saluran Astro Ria semangat korg ke dapur semakin membuak-buakkan untuk tunjukkan kepakaran walaupon xde juri sehebat Chef Riz, Chef Johari dan Chef Zubir yang nak test masakan korg..Tapi juri yang tak diiktiraf seperti husband korg lebih bermakna betul tak? kena lak masakan korg tue dipuji SEDAP!!!apabila lagik, sure laaa muka tue kembang kecut kembang kecut kan..dlm hati alahai sonok wow!! semangat mau masak lagik la melonjak-lonjakkan..

Juri: Chef Riz.Chef Zubir...Chef Johari
 Para Calon
 korang suka sape?
dorg nie seme dari latarbelakang yang berbeza..bukan semeNyer tukang masak tau..
Myhusband pon dah suka tengok masterchef nieh..so ada geng laa mau tengok..pilihan suami si Saiful seorang penoreh getah..so kita tengok cmner pencapaian saiful dan rakan-rakan yang lain kan..


So sambil tengok2 MasterChef ini apa kata kita try join contest leh dapat hadiah yang menarik2 seperti di atas, jom laaa ramai2 Like MasterChef di Facebook

Jadul MasterChef Malaysia


Uji Kemahiran & Ujian Cipta Rasa & Penyingkiran 22/10/2011 Sabtu 9 - 10pm
Uji Kemahiran & Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 23/10/2011 Ahad 9 - 10pm
Uji Kemahiran & Ujian Cipta Rasa 24/10/2011 Isnin 9 - 10pm
Uji Kemahiran & Ujian Cipta Rasa 25/10/2011 Selasa 9 - 10pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 26/10/2011 Rabu 9 - 10pm
Kuliah Master 29/10/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri 29/10/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Cipta Rasa 30/10/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 31/10/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 1/11/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Kemahiran & Penyingkiran 2/11/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 5/11/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 5/11/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 6/11/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 7/11/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 8/11/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 9/11/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 12/11/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 13/11/2011 Ahad 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 13/11/2011 Ahad 10 - 11pm
Cabaran Chef Selebriti 14/11/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 15/11/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 16/11/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 19/11/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 19/11/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 20/11/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 21/11/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 22/11/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 23/11/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 26/11/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 26/11/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 27/11/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 28/11/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 29/11/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 30/11/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 3/12/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 3/12/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 4/12/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 5/12/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 6/12/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 7/12/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 10/12/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 10/12/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 11/12/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 12/12/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 13/12/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 14/12/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 17/12/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 17/12/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 18/12/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 19/12/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 20/12/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 21/12/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 24/12/2011 Sabtu 8 - 9pm
Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa 24/12/2011 Sabtu 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 25/12/2011 Ahad 9 - 10pm
Cabaran Chef Selebriti 26/12/2011 Isnin 9 - 9.30pm
Cabaran Sajian Luar 27/12/2011 Selasa 9 - 10pm
Ujian Rasa/ Ujian Sajian Pantas & Penyingkiran 28/12/2011 Rabu 9 - 9.30pm
Kuliah Master 31/12/2011 Sabtu 8 - 9pm
Suku Akhir 3/1/2011 Selasa 9 - 10pm
Separuh Akhir 4/1/2012 Rabu 9 - 10pm

Akhir 6/1/2012 Jumaat 9 - 10pm

Sunday, November 20, 2011

Anugerah Filem Terbaik