Monday, July 4, 2011

Penyediaan Puree

Jom bciter kisah2 penyediaan puree utk zahin, wekeend ritu ibunyer telah m'rajinkan diri utk buat stok puree..ini seme sebab ibu nak adik mkn hasil air tangan ibu sebab org kata bertambah LOVE..LOVE..LOVE , coz b4 nie si kakak pon ibu jarang bagi instant food ibu m'rajinkan jugak pagi2 tuk buat bubur utk si kakak, alhamdulilah skrg kakak suka mkn nasi n mkn sayur, maybe cara pemberian makanan dr kecik kan pada pandangan aku la..cume time kakak ibu kurang ilmu tuk buat segala puree ini yg amat mjimatkan masa n lebih b'khasiat coz sayur d'stim terlebih dahulu..

Membuat puree sangat menjimatkan masa terutama utk ibu2 bekerjaya.

Cara-cara menyediakan puree:-
1. Pilihan sayur brokoli. carrot bunga kobis, apple dan kentang
2. Potong ikut sesuka hati tp biarlah kecik2 coz mudah masak
3. Masukkan di dalam pgukus spt dgambar
4. Then siap angkat n blend utk mudah hancur tambahkan sedikit air
5. Masukkan kedalam bekas kiub, selesai trs masukkan dlm freezer
6. Apabila sudah beku keluarkan dah asingkan then tagging bg memudahkan kerja anda
7. P2 hanya campakkan kiub tersebut utk bubur samaada sayur @ buah, tp klu nak campur kdua2nyer pon ok jer..nyum2 sure baby like...
8. Masukkan dlm thermos untuk dihantar ke rumah BS..

Mudahkan!!! Tiada pengawet dan perisa tambahan. Hehehe…

Perlu tahu:-

1.Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.


2.Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.

3.Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Hasil air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.

4.Kebaikan jika terdapat alahan lebih mudah anda mgesan coz anda tahu apa yang anda berikan utk yg tersayang so jom laa ramai2 buat yg terbaik untuk mereka..
Potong Sesuka Hati

 Stim Time

 Siap blend masukkan dlm bekas kiub (beli kat giant hanya rm3.99 utk 2pcs)
Kiub yg telah beku siap disimpan
Masukkan dlm thermos..

Tempoh penyimpan: freezer storage :-

vegetables / fruits puree=6bln
fish = 10 weeks meat
chicken =10 weeks
6bln puree's with milk 4-6 weeks
bagi yg telah campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..

**tapi ibu xsimpan lama2..coz mcm xconfident jer..slalu buat tuk 2@ 3mggu jer..

1 comment:

  1. sama! tengah rajin buat puree...senang je pagi2 kalau tak sempat masak yang fresh, guna frozen puree je...hihi...selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete