Selamat Berpuasa untuk semalam Hari tasu'a (9 Muharam)
dan hari ini bagi hari Asyura (10 Muharam),
alhamdulilah kami suami isteri megambil peluang ini..
doa kan kami dipermudahkan segala urusan kami
dan segala amal ibadat diterima oleh Yg Esa
Ok ini bukan menu untuk berbuka yer..hehehe
ini menu dah selamat masuk dlm perut..
buat weekend ritu
Rezeki dapat ikan siakap dari kwn husband
husband request nak gulai kuning nieh
xpenah buat b4 nieh..yg tahu pon dok tgk MIL buat..
tapi alhamdulilah lulus.. dah yg paling besh anak2 suka sangat
berpinggan-pinggan mkn nasi ritu..
Bahan-bahan :-
Ikan Siakap @ lain2 ikan pun buleh
4 biji Bawang merah
3 biji Bawang putih
Se inci Halia
Kunyit Hidup
Lengkuas
3 biji Lada merah / Cili Merah ikut kepedasan
(Kisar semua bahan diatas kecuali ikan)
Santan
Asam Keping
Lada Hijau
Garam/Gula
Cara-cara :-
Masukkan semua bahan kisar dalam periuk bersama santan
Buka api perlahan kacau sehingga pecah minyak
Then masukkan ikan dan asam keping..perasa ikut selera..
Masukkan lada hijau @ timun sebagainya..kita hanya ada lada hijau sahaja
Klu belah timur ada lada hijau muda..tp kat kl susah mau cari so bedal jer mana yg ada
okeyy siap..Hidang bersama nasi panas..
moga dipermudahkan segalanya...
ReplyDeletesedapnya gulai kuning ni...siakap yup