Friday, April 22, 2011
Insuran Untung Rugi
Insuran perlu ker? Pandangan setengah org alah buat ape nak amik insuran..simpan duit sendiri jerla senang..xpyh nak susah2 tuk claim..ermm ada jugak org kata insuran nie tipu betul ker? Tapi seme nie bergantung pd pendapat masing2 kan..Bila tgk org cina..lahir jer anak trs apply insurans..tuk future anak2 dorgsungguh tabikk springgg..toi tooiii..org melayu cmne pulak? dan anda pulak cmne pemahaman tentang insurans nieh..PENTING ker? Ada amik insuran utk ANAK ANDA? Insurans mana yang TERBAIK BG ANDA?
Oleh itu, jangan kita terlalu berkira dengan jumlah yang diinsurankan kerana ia melibatkan risiko yang tinggi apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Ada dikalangan kita menyatakan ‘kita ambik insuran yang minimum sahaja, third party pun tak pa’.Akibatnya, simpanan (kekayaan) kita terpaksa digadaikan untuk proses pembaikan atau membayar baki pinjaman atau membeli kenderaan baru!
Itu belum dikira dengan risiko kemalangan diri dan rawatan perubatan.Ramai dikalangan kita penjawat awam yang menyatakan, ‘saya ada hospital kerajaan untuk membiaya rawatan perubatan’. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ia adalah manfaat perkhidmatan awam kepada kita. Namun, sebagai penjawat awam yang berdedikasi, kita perlu tahu tidak semua perkhidmatan kesihatan percuma diberi kerajaan. Dengan insuran kesihatan, anda mungkin mendapat manfaat yang lebih kerana ia ditanggung oleh insuran, ditambah lagi dengan rawatan perubatan di hospital swasta yang lebih pantas dan cekap.
‘Alah, sama je. Kita bayar bulan-bulan tu untuk bayar rawatan tulah’. Memang benar, dengan caruman itu, kita akan berkongsi risiko dengan pihak insuran. Dengan inovasi industri insuran hari ini, sebenarnya produk seperti perlindungan dan pelaburan adalah kaedah untuk kita meningkatkan kekayaan di masa hadapan.Andainya kita membayar RM200 sebulan untuk perlindungan kesihatan, pada sesuatu tempoh matang, kita akan mendapat kembali caruman kita dengan penuh malah memperoleh dividen dan keuntungan yang tinggi. Malah, jika ditinjau pasaran industry insuran hari ini, keuntungannya jauh lebih tinggi dari ASB yang kita carum tiap-tiap bulan itu.Rata-rata merekodkan dividen dan nilai tunai mencecah dua angka.
Insuran bukan sahaja melindungi kekayaan, dan mengurangkan risiko, malah mencipta kekayaan!
Entry nie bukan mo juai insuran tau!!
Juz nak b'tanya dah apply insurans ker utk simanja u oul?
Skrg si kakak dah ada Insurans..si adik dlm planning nak amik insurans yg sama iaitu PRUBSN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
belum buat insuran lagi...insyaallah akan buat utk satu family nanti...
ReplyDelete