Wednesday, October 21, 2009

Bacakanku Buku Ibu! (baru lahir – 3 tahun)

Kata pepatah, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Tidak terlalu awal untuk anda mula membaca untuk anak anda. Gunakan teknik yang betul untuk menarik minatnya...

Peruntukkan masa

Baca buku untuk anak anda setiap hari, walaupun anak anda masih bayi.
Anda boleh memilih masa sebelum dia tidur petang atau malam, selepas makan atau mana-mana masa yang anda fikirkan sesuai.
Cuba untuk memilih masa yang sama pada setiap hari.
Elakkan gangguan semasa membaca. Tutup radio, tv. Pilih tempat yang senyap.
Berikan perhatian sepenuhnya semasa mengajar anak anda membaca.
Selaraskan masa membaca sependek atau selama yang mungkin selagi anak anda berminat.

Nikmati saat menyeronokkan

Duduk rapat dengan anak anda atau dudukkan dia di pangkuan anda.
Kanak-kanak kecil suka dilayan oleh ibunya. Mereka suka mendengar suara ibunya.
Bantu anak anda akan merasa yang membaca adalah masa yang menyeronokkan.
Pilih buku yang pendek dan ringkas.
Baru lahir hingga 18 bulanBayi sukakan buku. Pilih buku daripada kain, plastik atau kertas tebal.Gambarnya perlu ringkas dengan warna terang.Beri anak anda sentuh dan memegang buku.
18 bulan hingga 3 tahunMendengar ibu bercerita, dapat membantu kanak-kanak kecil membina kemahiran bahasanya.Pilih buku dari kertas dengan kulit yang keras.Biar anak anda memegang buku tersebut.

Dramatik perlu ada

Gunakan suara yang menyeronokkan.
Gunakan tona dan nada yang berlainan, tinggi dan rendah untuk menarik minat anak anda.
Baca secara perlahan-lahan jadi anak anda dapat menghubungkan cerita anda dengan gambar di buku.

Ulang baca

Kanak-kanak belajar apabila kita membacakan buku yang sama. Mereka suka mendengar, melihat dan merasa cerita yang sama dibacakan berulang-ulang.

Tunjuk gambar

Tarik perhatian anak anda dengan menunjukkan dan menamakan gambar.
Baru lahir hingga 18 bulanTunjuk dan katakan “Amal tengok ni, bola.”
18 bulan sehingga 3 tahunTunjuk dan katakan “Iman tengok ni, bola besar.”Anak anda sepatutnya akan kata, “bola” dan selepas itu “bola besar”
**alhamdulilah aku ada amalkan sikit utk dhia...

No comments:

Post a Comment