Friday, August 14, 2009

ANAK ITU KUPU-KUPU SYURGA

Perhatikan keistimewaan yang bakal diperolehi apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis kerana takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Barangsiapa keluar ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.Ciumlah anakmu kerana pahala setiap setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Pernah seorang sahabat Nabi hairan dan tercengang melihat Nabi mencium pipi cucunya lantas bertanya Nabi kenapa begitu. Dia bertanya kerana dia sendiri tidak pernah melayan anak atau cucu dengan mesra begitu. Nabi lantas menasihatkannya supaya mencurahkan kasih sayang kepada kanak-kanak. Selain itu, Aqrak pernah terlihat Nabi s.a.w. mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata: "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium". Sabda Nabi s.a.w.; "Orang yang tidak menyayang tidak pula akan disayang".Sesungguhnya syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anak dalam keadaan jahil dia turut menaggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Dalam satu hadith, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda "Memandang muka anak-anak dengan rasa syukur akan rahmat Allah itu sama seperti melihat muka nabinya." Begitu besar pahala ibubapa memuliakan anak-anak. Oleh itu kita hendaklah memelihara mereka dengan baik kerana menurut Nabi mengajar satu adab yang baik kepada mereka adalah lebih baik daripada memberi sedekah satu cupak makanan setiap hari. Nabi bersabda lagi “Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur tujuh tahun dan pukullah ia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia sepuluh tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur”. Hadith ini merupakan seruan wajib sembahyang. Kanak-kanak itu belum lagi wajib bersembahyang tetapi yang wajib ialah bapa menyuruhnya untuk bersembahyang. Anak itu belum wajib kerana dia belum cukup umur (baligh). Jika bapa tidak beratkan dia bersembahyang ketika ini, agak sukar kanak-kanak itu bersembahyang apabila baligh. Oleh itu budaya solat mesti dimulakan sejak usia 7 tahun lagi.Pernah seorang lelaki bertanya “Ya Rasullullah, kepada siapakah harus aku berbakti?” baginda menjawab “ Berbaktilah kepada ibubapamu” kata lelaki itu lagi; “bubapaku sudah tiada lagi”. Maka sabda Nabi s.a.w; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapamu berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu”. sekian, renung-renungkan…

No comments:

Post a Comment