Friday, April 29, 2011

Jom Pekena Nasi Kudu..

Hehehe saja gimik..sebenarnyer nie Nasi Kandar Kudu bin Abdul..
kat mana haaa tempat nie sesak skit tempatnyer kat Chow Kit Road..lalu jer kat jln besar tue toleh sebelah kiri anda..then npk laa org dok Q panjang..klu wekend xsure lak..
tapi Q xde lama..service tip top.. 
Kalu dok penang sng cari..tp sejak mai dok key L nie maklum jela
susah sikit mau cari yg betoi2 kena dengan tekak..
jadik Kudu bin Abdul terbaik bagi aku..n hbnd
haaa jgn xtau cik abe kita pon dah terpikat dgn nasi kandar nieh sejak2 bkawen dengan org penang..
org tganu dah suka nasi kandar weiii..i suka hehehee..
so lunch tadi my cik abe ajak mkn situ..aku ON jer pic nyer xsempat amik coz dah hentam dlu
yg sempat amik pic kedai yg org tgh Q panjang..

Tgk panjangkan Q..tp dont worrie jap jer dpt mkn..
 
**pst pssstt sure t'tanye kedai cina ker? coz ada tulisan cina situ..sama sekali tidak so jgn risau ok klu mau pekena nasi kudu nie..

Monday, April 25, 2011

BreastFeeding 2nd Open Day 2011

 Semalam dapat gak ibu gie alhamdulilah..n TQ ayah muahhh!! coz mau bawak ktorg g sana w'pon sedikit tensen kena melayan kerenah si kakak yg sedikit ngade2...tapi syukur dpermudahkan dapat jugak bkumpul smpai acara habis..1st time gie event gini..sonok n tsentuh dikalbu mgenai pentingnyer penyusuan badan..BIG Thanks tuk Pn.Farah dpt buat event nieh..bukan senang nak mgumpul para2 ibu nie..buleh laa kenal mgenal dengan ibu2 myusu ini..Ibu KIM (Kumpulan Ibu Menyusu dr Facebook) xceli dorg dah stuju mau ikat reben ijau ditangan tapi tgk xramai so nak btego2 n mau kenal2 pon ssh..lagi pulak sibuk dengan kerenah anak2..hope lain hari kita dpt bjumpe lagi erk..adik zahin ibu like u..mood u sungguh baik..u are good boy sayangg..w'pon keadaan sedikit panas..tp u not moody2..ibu suka..si kakak ibu dah phm dengan k'lincahan berlari sana sini..aduhhh bpeluh ayah d'buatnyer...Kakak2..

Tuk event ini..para ibu m'makai baju pink..ayah bwarna hitam n si anak berwarna merah..so mau cite lebih panjang jenuh ibu nak mgarang nie so layan jer pic2 d'bawah ini erk..


wit budak bambamm

 Perlancaran Bermula
Fesyen show Baju Menyusu
Model wit Anak2
Breastfeeding thoughts

Puan Farah owner SARAKIDS..dan jugak orang kuat utk event ini..so friendly.. len baca lebih details lg disini SARAKIDS BLOG..

Friday, April 22, 2011

Jom Berilmu D'pesta Buku 2011

 Pesta Buku 2011
Bertempat di PWTC
22 April hingga 1 Mei
10.00pagi sehingga 9mlm

Ok jom membaca...banyak sgt ilmu2 kat sini..jom la pegi menambahkan ilmu..ada best buy tau..utk setiap pembelian buku..n tuk budak2 sekolah amat sesuai..byk sgt pilihan n promosi dorg buat..ajak parents pegi yer..pomot nampakkkk..
 Ha nie pulak utk peminat novel byk gilosss..koleksi novel pening mata mau pilih..mujur laa aku nie bukan kaki novel..mana sempat mau layan novel wehhh..dgn budak tomeii tomeii bdua tue..ermmm alasan semata2 ker..kehh kehh..so peminat setia cpt dptkan koleksi anda..
 Buku2 b'harga RM0.50..RM 1.00 pon ada so beli jer...dkira mcm buku basahan hhehehe buleh ker gituwww!!YERlaa si kakak baru 3thn ermm stakat nak mconteng tue terer laaa..jadik aku amik gak 2..3 buah buku tuk anak buah..
 Untuk kakitangan kjaan mau cari buku utk exam keluaran ILBS..pon ada xyahh susah mau cari d'mana2 kedai buku..p2 dapat lak less 10% keluaran yg paling latest..
Ini laa hasilan pameran tersebut..paling suka kamus bgambar tue hanya RM10..ada 4bahasa malay,jawi,arab dan BI..ingt mau kasi anak buah gak tp skali tgk mcm syg lak..si kakak pon leh bljr..
ermmm pikir2..
So apa tungggu apa lagi..bwk anak2 b'ramai g sana..sure sonok dorg b'buku2 disana..
tempat luas n selesa..lenguh kaki mau terjah..

Insuran Untung Rugi



Insuran perlu ker? Pandangan setengah org alah buat ape nak amik insuran..simpan duit sendiri jerla senang..xpyh nak susah2 tuk claim..ermm ada jugak org kata insuran nie tipu betul ker? Tapi seme nie bergantung pd pendapat masing2 kan..Bila tgk org cina..lahir jer anak trs apply insurans..tuk future anak2 dorgsungguh tabikk springgg..toi tooiii..org melayu cmne pulak? dan anda pulak cmne pemahaman tentang insurans nieh..PENTING ker? Ada amik insuran utk ANAK ANDA? Insurans mana yang TERBAIK BG ANDA?

Oleh itu, jangan kita terlalu berkira dengan jumlah yang diinsurankan kerana ia melibatkan risiko yang tinggi apabila berlaku kejadian yang tidak diingini. Ada dikalangan kita menyatakan ‘kita ambik insuran yang minimum sahaja, third party pun tak pa’.Akibatnya, simpanan (kekayaan) kita terpaksa digadaikan untuk proses pembaikan atau membayar baki pinjaman atau membeli kenderaan baru!


Itu belum dikira dengan risiko kemalangan diri dan rawatan perubatan.Ramai dikalangan kita penjawat awam yang menyatakan, ‘saya ada hospital kerajaan untuk membiaya rawatan perubatan’. Tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ia adalah manfaat perkhidmatan awam kepada kita. Namun, sebagai penjawat awam yang berdedikasi, kita perlu tahu tidak semua perkhidmatan kesihatan percuma diberi kerajaan. Dengan insuran kesihatan, anda mungkin mendapat manfaat yang lebih kerana ia ditanggung oleh insuran, ditambah lagi dengan rawatan perubatan di hospital swasta yang lebih pantas dan cekap.

‘Alah, sama je. Kita bayar bulan-bulan tu untuk bayar rawatan tulah’. Memang benar, dengan caruman itu, kita akan berkongsi risiko dengan pihak insuran. Dengan inovasi industri insuran hari ini, sebenarnya produk seperti perlindungan dan pelaburan adalah kaedah untuk kita meningkatkan kekayaan di masa hadapan.Andainya kita membayar RM200 sebulan untuk perlindungan kesihatan, pada sesuatu tempoh matang, kita akan mendapat kembali caruman kita dengan penuh malah memperoleh dividen dan keuntungan yang tinggi. Malah, jika ditinjau pasaran industry insuran hari ini, keuntungannya jauh lebih tinggi dari ASB yang kita carum tiap-tiap bulan itu.Rata-rata merekodkan dividen dan nilai tunai mencecah dua angka.

Insuran bukan sahaja melindungi kekayaan, dan mengurangkan risiko, malah mencipta kekayaan!

Entry nie bukan mo juai insuran tau!!
Juz nak b'tanya dah apply insurans ker utk simanja u oul?
Skrg si kakak dah ada Insurans..si adik dlm planning nak amik insurans yg sama iaitu PRUBSN

Thursday, April 21, 2011

Si Rambut Kerinting !!!

Mari bciter psl rambut lak...haa tgk rambut si kakak cute tak?? xceli si kakak byk ikutkan gen ayah..coz ayah berambut kinting..kinting...sure cute kan bila panjang nnt xsabar nak tgk..yeehaaa..
Tapi skrg rambut si kakak lebih panjang dibahagian hadapan dr belakang...so ibu ikat jerlaa buat 1..2 pokok kelapa..now ibu tgk dah balance skit rambut depan n blkg..then kdg2 b'ikat kdg2 tak..ayah xkasi ikat dia kata cute bila lepas gitu jer CUTE CUTE!!...tapi xthn tgk bila si kakak merasa rimas rambut jth dibahagian hadapan dok naikkan saja...
Tapii..Dlu rambut si kakak nie lambat sgt naik...sejeputtt jer naik tp time tue ibu ikatkan jugak pokok kelapa coz klu xikat sure org dok btanya gurl @ boy..ishh jenuh lak mau beri jwpan..so bila tgk ada pokok kelapa xyah btanya lagi kan...time tue segala minyak..kelapa dara..minyak keling.. ibu buh utk lebatkan rambut si kakak..tp still mcm tue jugak..tp skrg tgklaa sudah lebatkan..betul ckp kwn ibu..tgk besar nnt lebat naik..xyah laa risau kecik xde rambutt...
v
v
v
v
v
v
v
 time nieh 1thn lebih c jambul tue..
v
v
v
v
v
v
haa si adik pulak cmne erk..tgk mcm lambat jugak naik rambut nieh since bby yg umur sebaya adik
dah lebat rambut..haiii nak naik rambut sama akak jugak ke..
so kita tggu n tgk nnt erk
rambut adik versi ape...
LURUS @ KERINTING
jeng..jeng

Tuesday, April 19, 2011

Mau Jadik Bijak Pandai..

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.
Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.

Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.

Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.

Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.

Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.

Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.

Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.

Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.

Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.

Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.

belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.

kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.

rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.

kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.

terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.

perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.

kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.

pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus

bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.

mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

perkembangan otak memasuki fasa terakhir.

kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.

corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.

mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1.Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

2.Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.

3.Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

4.Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

**Si kakak dhia dah minat membaca...seme nak btanya..habis mjlh ibu di'ambil then tanya ini ape? ini apa? letih mau jawab tapi..seme tue suatu tarikan kan..so layan jer..w'pon ditanya b'ulang ulang kali...

**lps nieh ibu kena g bookshop..mau usha book yg sesuai tuk kakak...

Doa Ibu-ibu Menyusukan Bayi..

Monday, April 18, 2011

i'm 4months!!

Alhamdulilah saya semakin besar n debam..bum..
ibu suka panggil mulat2 cayang (bulat)
nak taw sebab ape coz ibu kata muka saya mulat..mata mulat..
pp mulat..bdn mulat2..
saya nie suka sgt bmanja dgn ibu..
dah kenal sgt dgn ibu sbb dimana ada ibu disitu laa mkanan saya..
owhh nyum..nyum
bila g jln2 xmo tido atas stoller nak gak tido atas pangku ibu..
w'pon tahu tgn ibu tsangat lenguh..sian ibu kan..
coz now..berat saya dah 7kg taw!!!semangat kan
seme nie alhamdulilah khasiat yang tidak tnilai..mmg tbaik dr ibu iaitu..
SUSU IBU..
doa saya biar smpai 2thn saya trs dpt yg tbaik dr ibu..
ibu jadi yg tkuat n mesti bsabar k..
bukan apa tuk lalui saat yang tidak diduga tuk susui zahin erk..
14.04.2011 zahin dah ckop 4mnths n saya pon dah buleh nerap dengan jayanyer
budak baru bljr sure tkepak2 kan..
nerap jap jerr..ekk ekkkk nagis..manja toi kan saya nieh
tapi yg paling besh ibu ckp saya nie..lebih cpt nerap dr kakak..cayalah..
kakak xmo jeles taww!!
k laa stop sini..mau bmanja sama ibu...
doakan saya jadik anak yg tbaik..
mudah d'asuh..d'jaga..d'didik...anak yg soleh..

Wednesday, April 13, 2011

Jom Bersaham

Sure kowg2 dah dpt agak kan nape entry aku kali nieh psl saham...ermm obcoz laaa Saham Bank Rakyat 2011 dah stat buka dr awal April ritu...aku tau pon sbb cik huby gtau yerlaaa ibu yang bz ermmm atau sj m'bz kan diri uiks seyes bz!!!

Ok jom cite psl Saham nie..Min RM500 utk s'org...tapi klu nak tambah lebih lg dr RM500 kena buat permohonan lain tp dengan syarat jadi ahli dlu masuk RM500..klu ada rezeki tuk korg pihak Bank Rakyat akan gtau untuk penambahan tersebut so klu ada rezeki leh la labur beribu2 kat saham tue..perghhhh pakcik Kayo!!! dividen 15% tau..utk pengetahuan puan2 n tuan2..lebih tinggi dari ASB...

..Bukti Aku dah Bersaham..

Untuk info yang lebih tepat buleh la pegi Bank Rakyat yg terdekat...
WAJIB pergi awal..coz manusia bgitu ramai skali...berjam2 aku tpacak kat situ..
so korg jom utk Simpanan dihari Tua..
Pomot nie..psst**bank rakyat kena bagi komisen erk :p

Tuesday, April 12, 2011

Photo Shoot...45minit!!! RM55...

Wahhh..akhirnyer impian ibu tercapai..i like bergambar seyes..since muda2 sampai dah beranak pinak..
impian ku tuk peroleh camera yang gedabak2 tue xde rezeki...xpe aku redha jer coz aku tahu yang mana lebih penting drpd family kan...tapi klu myhuby nak buat KU tkejutz2 tuk camera gebadak tue obcoz laaa AKU sentiasa tandahkan..uwekkk!!bila ntah..
So tingin sgt nak try photoshoot sana sini..ala model tuw!! alamak model keww!! ceh sunggoh pasan weiii...
Mesti tertanya2 kann why time wedding aku xde ker seme tue?? ada tapi kali nie wit our childs..sure comei2 kan..i like sgt taww!!! Jadi dengan pantas nyer bila milkadeal wat promotion nieh aku trs buy...hope our photoshoot cute..n mood anak2 ibu cool2 yeah!! semeNyer tue memories d'hari tua kan...

RM55 instead of RM215 for
45 Minutes of Exciting Studio

Photo Shoot at Serindit Photo,
Setapak [74% OFF]

b4 g kena bt appoiment dlu erk
so balik opis nieh kena potpet dgn cik abe dlu..bila free
terase xcited + malu ceh gatai tue :p
 klu korg2 nak gak clik la MILKADEAL
NEXT story after photo shoot yaeh..daa dii duuu

**mau pkai baju ape erk...tibe2 ada awan atas kpale..
coz stat berangan2//..ceh3

Mereka Sayang Anda..

Monday, April 11, 2011

Mood Pujian...

Kata- kata yang membangung dan menghargai orang lain secara tulus ternyata telah menjadi kekuatan yang luar biasa untk mengubah hidup seseorang. Begitu pula sebaliknya dari lidah yang kecil dapat berdampak luka hati yang sangat menyakitkan atau justeru akan tumbuh harapan hidup lebih baik. Kata-kata yang melecehkan bahkan memaki seseorang ternyata dapat juga mematikan motivasi seseorang bahkan membunuh masa depannya...


Hati-hatilah dengan pujian, sekiranya ada yang memuji maka kembalikanlah segera kepada Allah dan beristigfar. Insya Allah dengan demikian kita terhindar dari penyakit uzub (merasa diri lebih dari yang lain).


Bila diPuji***
Reaksi apa yang muncul ketika ada orang yang mengatakan ,

" Anda itu orangnya baik dan pandai ,
Saya sangat suka Anda "
Tentu saja Anda sangat gembira ,
siapa yang tidak mau di puji ?
Pujian adalah sesuatu yang sangat menyenangkan .
Banyak orang merasakan hidupnya menjadi lebih bersemangat ketika pujian datang .
Hidupnya nampak lebih percaya diri .

Bahkan ada sebahagian orang berharap pujian itu datang terus - menerus .

Orang tersebut merasa hidupnya tidak bersemangat jika tidak ada pujian .
Sebagian lagi merasa biasa - biasa saja .
Reaksi menerima pujian tergantung pada kualitas batin seseorang .
Mereka yang haus dengan pujian cenderung mencari
dan berupaya dengan segala cara .
Sebaliknya mereka yang sudah matang batinnya tidak terlalu terpengaruh dengan pujian .

Pujian merupakan kehormatan bagi mereka yang mempunyai kelebihan dan memiliki jasa .

Penghormatan yang diperoleh seharusnya menjadi perenungan
dan bukan nya menjadi seseorang larut dan ingin terus bersamanya .
Ketika kita di puji sebenarnya
secara tidak langsung seseorang mempunyai tanggung jawab besar .
Mereka harus mempertahankan kebaikannya ,kelebihannya , kesuksesannya
dan juga yang lainnya .
Kadang kala pujian datang bukan dilandasi dengan ketulusan
tetapi untuk menjebak seseorang
Oleh karenanya hati - hati dengan pujian "

**Tibe2 rase Perlu diPuji..Cehhhh Sunggoh xmalu Taw!!
    Tapi klu Org Syg Sure Akan Puji..rite?

Thursday, April 7, 2011

Ayah..Ayahh Tengok Nieh..

Segalanyer tentang ayah..bila tgk ayah balik keja ker @pon balik dr mane2 jer..nampak jer muka ayah.."ayat yang akan keluar" Ayahhhhhh..amboi mmg kompom si kakak nieh anak ayah..p2 bl main ape2 n nak jugak tunjuk kat ayah..ayah tengok nie ayah..huhuhuu..ibu mane? Sian ibu kan sikit2 ayah..ini ayah itu ayah..Nape erk si kakak jadik begitu rapat dengan ayahNyer..maybe si kakak nengok ibu asik bkepit jer dengan adik..obcoz laa kena bkepit adik kan Fully BF so..adik nagis sikit cpt2 ibu pegi dekat adik..then bila kakak nk sesuatu "ibu akan berkata kakak jap erk" so ayah laa jadik sasaran seterusnyer untuk melayan kakak...

Sebab seterusnyer kdg si kakak selalu d'marahi oleh ibu coz time ibu nak tidokan adik, mula laa si kakak dtg myibuk..si adik uwaaa uwaaa n ibu nak mulakan sesi pujuk memujuk kakak pon myibuk diri kaco kaco n terus mgacaoo AHHH aHHH tensen ibu dah dtg haaa mula laa ibu nak marah pada kakak..(dlm ati ibu kena byk bsabar..byk2 mgucap tawww!!)

Oh NO no NO... ini bukan bermakna ibu abaikan kakak selamanyer..kakak kena phm erk..kakak dah ada adik ..hope 1 day kakak akan fhm seme ini coz kakak kan anak sulung n cth tuk adik2 nnt..jadik kakak yg the best in da world yer..Insyaallah

Fakta:
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:


Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya dilapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.


Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen`penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.


Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.


Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

**Ada anak ayah disini..jom bciter

Tuesday, April 5, 2011

Kanak-kanak Perlu Bermain

MASIH segar di ingatan, ketika zaman kanak-kanak di kampung, kita
menghabiskan waktu petang dengan bermain teng-teng, galah panjang,
pondok-pondok, rounders dan adakalanya menangkap ikan di sungai atau parit.
Waktu itu, kita bermain sepuas-puasnya dan ibu bapa jarang sekali
menegah malah mungkin menjadi rahmat buat mereka kerana tidak
mengganggu tugas mereka di rumah.
Hujung minggu dan cuti sekolah juga banyak dihabiskan dengan
bermain, dari pagi hinggalah ke petang. Tidak cukup dengan itu, ketika
di sekolah kita juga aktif menyertai sebarang kegiatan sukan.
Itu kisah yang berlaku suatu ketika dahulu. Namun atas perubahan
masa dan desakan waktu, kita yang dahulunya tidak pernah tahu duduk
diam tatkala ada kelapangan mengambil pendekatan sebaliknya pula
terhadap anak-anak.

Waktu bermain dan bersukan anak-anak dihadkan. Sebahagian daripada
kita beranggapan sukan dan permainan akan menjejaskan tumpuan anak-anak
terhadap pembelajaran. Kecenderungan untuk mencatatkan kejayaan yang
cemerlang dalam akademik dan sikap berlumba-lumba untuk memperoleh A
dalam peperiksaan menyebabkan kita menegah mereka untuk bersukan dan
bermain.

Tambahan pula dengan persekitaran yang semakin terhad dan tidak
selamat terutama bagi mereka yang tinggal di bandar, kegiatan yang
mengeluarkan peluh tidak lagi dipedulikan dan akhirnya waktu anak-anak
hanya dihabiskan dengan menonton televisyen serta bermain permainan
video di rumah.

Pengarah Cawangan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara, Zaiton
Othman berkata, berdasarkan pengalamannya, sukan dan permainan
memainkan peranan yang sangat penting kepada perkembangan kanak-kanak.
"Tidak ada cara atau kaedah yang lebih berkesan dalam membantu
mereka mengecap kecemerlangan dalam pelajaran melainkan dengan cara
bersukan dan bermain," ujar beliau yang juga merupakan bekas jaguh
pecut negara suatu ketika dulu.
Menurutnya, mereka yang terlibat secara aktif dalam sukan dan
permainan didapati lebih mudah menerima pembelajaran kerana ia bukan
hanya melibatkan fizikal tetapi juga memberi kesan terhadap
perkembangan diri secara menyeluruh iaitu kognitif, sosial, rohani dan
emosi.

"Kalau kita lihat negara-negara sedang membangun seperti Jamaica,
Cuba dan beberapa negara di Afrika, penerapan mengenai pentingnya sukan
bermula dari dalam perut ibu lagi.
"Seterusnya ketika kanak-kanak mereka diasuh untuk bersukan. Ini
kerana mereka percaya, kekuatan fizikal boleh memberi sumbangan kepada
negara," kata Zaiton.
Jelas beliau lagi, ketika bersukan dan bermain, seseorang itu secara
tidak langsung belajar untuk memimpin, membuat keputusan dengan pantas
dan tepat, menghormati antara satu sama lain serta menempuh pengalaman
berjaya atau gagal.
"Contohnya, ketika bermain bola keranjang, seseorang itu perlu
membuat keputusan dengan pantas untuk menghantar bola kepada siapa, apa
tindakan yang harus dilakukan seterusnya dan bagi mereka yang bergelar
kapten pula, pastinya permainan ini membantu mereka menyerlahkan bakat
kepimpinan," katanya.

Kesemua tindakan yang dilakukan ini, ujar beliau dapat melancarkan otak sekali gus membantu kebolehan analitikal seseorang.
Dengan bersukan juga katanya, seseorang akan belajar menerima
hakikat kegagalan seterusnya mereka akan bangkit kembali untuk meraih
kejayaan. Ini menjadi motivasi terbaik yang mendorong mereka untuk
bergelar insan cemerlang.

Daripada pengalaman yang dilaluinya, Zaiton kini menggunakan kaedah yang sama untuk anak perempuannya yang berusia lima tahun.
"Saya akan biarkan dia bermain sepuas-puasnya dan tidak memaksa seandainya dia tidak mahu mengulangkaji pelajaran.
"Hasilnya saya dapat lihat anak saya mudah menerima pembelajaran,
menjadi sangat berdikari dan seorang yang berani dalam membuat
keputusan walaupun pada usia yang masih terlalu muda," katanya.
Jelas beliau lagi, peringkat kanak-kanak adalah suatu tempoh yang
sangat penting dalam mencorakkan masa depan mereka. Bagi kanak-kanak di
bawah 12 tahun misalnya, melalui keseronokan seperti inilah yang
membantu mereka mengecap kecemerlangan dalam pelajaran.
Dengan memberi contoh Datuk Nicole Ann David, Zaiton berkata, Ratu
Skuasy Negara itu turut meraih kecemerlangan dalam pelajaran selain
hebat dalam sukan.

"Beliau (Nicole) seorang yang rajin menjalani latihan dan jika
dilihat pada jadualnya mungkin kita menganggap beliau tidak mempunyai
masa untuk menelaah pelajaran," ujarnya.
Sebaliknya kata beliau, bagi atlet yang sederhana pencapaian dalam
sukan pula, mereka juga hanya memperoleh keputusan sederhana dalam
akademik.

Dengan bersukan dan permainan juga kata Zaiton akan membantu
kanak-kanak untuk memperoleh tidur yang berkualiti pada sebelah malam.
Dan ini sekali gus memberi kesegaran kepada tubuh badan mereka untuk
memulakan hari berikutnya dengan penuh keyakinan serta fokus.
Selain itu katanya, sukan juga amat baik untuk kanak-kanak yang
menghidap asma di mana terdapat beberapa kes yang membuktikan penghidap
penyakit ini berjaya sembuh selepas melibatkan diri dalam bidang sukan.

Menjawab soalan mengenai keadaan persekitaran masa kini yang tidak
sesuai untuk kanak-kanak bermain pula Zaiton berkata, ibu bapa perlu
memainkan peranan demi memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka.
"Ambil inisiatif dengan meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya
dua kali seminggu sambil memantau anak-anak bersukan dan bermain di
luar.

"Bawalah anak-anak bermain badminton atau berbasikal misalnya,
biarkan badan mereka berpeluh dan biar mereka berseronok," ujarnya.
Selain itu, beliau juga menyarankan kepada ibu bapa agar memilih
kediaman yang berdekatan dengan padang permainan dan gelanggang sukan
bagi memudahkan penglibatan anak-anak mereka dalam kegiatan ini.

Lagi Tentang Penyusuan

Rase besh sangat sekarang makin banyak info tentang susu ibu..selain dr internet, skrg di paper pon dah byk keluar..good2 sangat kempen sebegini i like!!..bg yang xde i'net buleh laaa cari ilmu di majalah2 @ paper..
pastu skrg tgk di tv dah ada iklan mgenai rakan bayi nieh....good credit so becoming momies kat luar tue buleh laa dptkan info yang terbaik tuk yg tersayang..

**saja post pic mama n bayi keluaran April coz ada psl penyusuan..pdhal dlm majalah gini mmg alwiz kluar..keh2

Monday, April 4, 2011

Pak Dino Di Kay L

Pusat Sains Negara
Bukit Kiara, Kuala Lumpur
1 Dec 2010 - 31 May 2011
9am - 5pm

Baru dapat pegiiii..nie pon last minit punye idea...kebetulan mak dtg bwk 2 org cucu..so cari port mana laaa mau bwk dorg jln2 nieh..p2 kebetulan mlm tue tgk news!!! haaa trs dpt idea mau kesitu k'esokkan harinyer..pdhal benda nie dah lama..kire dah basi..keh3..tapi oklaa kire bpuas ati ssuai tuk kanak2..yg beshnyer sonok tgk keletah si kakak..kakak takut dengan pak dino hahahahaa..so time nieh si kakak kena bdukung jer...so xpyh laa ayah nak bkejar2 dengan si kakak sana sini..klu tak kompom ayah keletihan maklum laa si kakak yg aktif blari..tapi bila dengar jer pak dino auwww auwww trs kecut perottt hahahaaa... so sapa mau pegi masih sempat coz pameran nieh bulan May baru habis tiket pon xmhl sgt berbaloi2..rm10 tuk adult..child rm5...so pegi jgn xpegi..tp xde padat sgt sesuai mau bwk bby hehehe..tgk gambar dibawah..ibu tpakse mdukong jer si debab tue..lenguhhh tue..stoller mana????

 tgk adik sanggup nak tido atas ibu..seme nie kes xnak dok dlm stoller huhuhu..lenguh2

Friday, April 1, 2011

Kenapa Lambat Bercakap

.“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan
tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya,
dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke
rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang
ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai
lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak
mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan
bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk
kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa
isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:
•Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
•Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
•Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)
Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif
(kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau
kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada
juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.
Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan
perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi
perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek,
bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan
gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau
menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak
lain.

Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap
percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke
arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan
perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan
atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit
kelewatan reseptif.
Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan
kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif
hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan
pertuturan berlaku secara berperingkat.

Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan
menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan
sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh
bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan
terapi.

Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat
bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu
dibawa menjalani ujian pendengaran.

Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini
menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau
datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak
seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan
reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek,
bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan
pergerakan tangan) juga lambat.

Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai
ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam
keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan
bercakap.
Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan
percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75
peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal.
Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak
anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan
bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal
mungkin.

Perkembangan percakapan

•Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama
ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala
ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak
balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak
balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa
pada umur satu hingga 2½ bulan

•Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

•Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

•Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

•Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

•Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

•Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh

mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan

badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan

anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya

boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

•Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

•Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

•10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

•11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

•14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua

langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan

makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan

dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan

pada umur 22 bulan

•16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

•18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

•16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

•19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak

walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut

perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

•24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

•24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

•26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

•27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

•29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan
sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali
satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga
hingga 4½ tahun

•Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh
difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini
mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun,
percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai
600 perkataan

Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui
satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama
(biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan
hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian
selanjutnya.

Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk
jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah
lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau
pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

•Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

•Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak,
dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada
anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

•Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

•Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

•Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

•Jangan paksa anak bercakap.

Jom Kurus Dengan Menyusu..

Sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus. Bukan tak puas dengan apa yang dah dikurniakan, tapi nak menjadi lebih baik. Tapi maklum saja lah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambah lagi bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh ambil ubat pelangsing sebarangan nak berdiet berlebihan pun tak digalakkan. Takut-takut menjejaskan pengeluaran atau membahayakan bayi yang sedang disusukan.
Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar (kott..hehe) Apa pun saya notice that kalau makan breakfast yang kenyang, saya takde rasa nak melantak gila-gila masa lunch. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti

- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan

- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori

- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori

- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu

- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.

Ibu-ibu yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.

Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg
 
TQ  INFO