Wednesday, October 5, 2011

Up..up..

Salam seme..sedikit info rahsia stok susu yang banyak dr Puan Farah..

Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal displin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 2@ 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).

Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI

Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.
*Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).
Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.

Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.

Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita.

* bonda: bila kita mahu, bila kita usaha, ia akan tiba. bila ada alasan, ianya tak kemana.
 
p/s: Aku harus kuat utk lalui seme ini, aku mesti ingat pesan bonda!!..ya allah kau permudahan niat murni hamba mu ini amin..

No comments:

Post a Comment