Friday, June 24, 2011

1st day nyum..nyumm

     Taraaa..zahin dah 6months so time for solid food nyum2..ok utk permulaan ibu buat menu Avocado + ebm..mula2 mkn mmg muka geli..geli jer erk..then lps tue mcm like..tp mkn mmg xbyk dlm 5 sudu gitu biasa laa permulaan mmg gitu coz baby belum biasa dengan seme nie..ok jom tgk dibawah kenapa ibu stat bagi zahin dengan buah Avocado..
     nyumm menu yg terbaik..sedapkan adik
    nak lagikkk..
    BUAH avokado jarang sekali dimakan sebagai menu pencuci mulut oleh masyarakat setempat. Sedangkan hakikatnya, avokado merupakan antara buah terbaik yang tersenarai antara beberapa jenis buah-buahan yang lemaknya terdiri daripada jenis lemak tidak tepu seperti buah zaitun dan kacang tanah.
    Ia juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B termasuk B6, niasin dan riboflavin, C dan E. Malah, ia juga mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan kalium selain diperkaya dengan fiber dan folat. Namun, ia bebas sodium dan kolesterol.
    Tekstur avokado masak yang lembik sesuai dijadikan makanan pertama bayi. Kandungan lemak mono tidak tepu dalam avokado penting untuk tumbesaran bayi. Hanya dengan melecek isinya, tersedia satu jenis hidangan bayi yang berkhasiat, buleh jugak dicampor dengan FM @ EBM
    nyumies lebih berselera dorg mkn..
    Pemilihan semasa membeli buah ini..Selalunya apabila kita membeli buah kita akan picit di bahagian tengah-tengah, tetapi disebabkan buah avokado mempunyai tekstur yang lembut, cara yang betul ialah dengan hanya menggenggam sedikit sahaja.
    Ok itu serba sedikit info tentang buah avocado..menu seterusnya apa dik..ermmmm

No comments:

Post a Comment