Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
SIARAN SEGERA
28 APRIL 2014
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat pada ketika ini masih lagi berjalan seperti biasa.
Semasa kenyataan media ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah dimaklumkan bahawa penurunan hujan dan penambahan air mentah di sungai utama telah membolehkan loji-loji rawatan air yang berkenaan menambahkan pengeluaran air terawat. Antara wilayah-wilayah yang menerima bekalan air tambahan ini adalah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor & Kuala Selangor. Sehubungan itu, bekalan air tambahan ini telah disalurkan oleh pihak SYABAS ke beberapa kawasan yang terlibat dengan catuan bagi mengurangkan kesulitan pengguna. Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan tetapi masih menerima bekalan air di premis mereka. Namun begitu, situasi ini adalah bersifat sementara. Oleh yang demikian, para pengguna di kawasan terlibat diminta untuk terus berjimat cermat, mengurangkan penggunaan air masing-masing dan sentiasa bersedia untuk menghadapi catuan bekalan air dilaksanakan seperti yang dijadualkan.
Dalam keadaan catuan bekalan air masih dilaksanakan, para pengguna perlu menggunakan bekalan air secara minimum dan berjimat-cermat. Pengguna perlu mengelakkan penggunaan air untuk tujuan yang kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci halaman rumah, mencuci longkang, mengisi kolam renang dan menyiram pokok bunga buat sementara waktu.
Dalam masa yang sama, pihak SYABAS sekali lagi ingin meminta para pengguna yang masih ragu dan keliru terhadap pelan catuan bekalan air ini agar melayari laman web SYABAS (www.syabas.com.my) untuk mendapatkan maklumat berkaitan yang lengkap seperti kawasan yang terlibat dengan catuan, jadual catuan harian dan lain-lain polisi berkenaan catuan. Pihak SYABAS juga menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan pelan catuan secara harian melalui media massa dan juga laman web SYABAS, laman sosial FB dan Twitter SYABAS. Selain dari itu, perkongsian maklumat dengan ketua-ketua penduduk, pemimpin masyarkat, wakil-wakil syarikat dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenai maklumat yang sama dan lain-lain maklumat yang berkaitan sentiasa dilakukan oleh pihak SYABAS.
- tamat -
PRISCILLA ALFRED DHARAN
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. PELAN CATUAN BEKALAN AIR
Pelan Catuan
|
Punca Catuan
|
Kawasan Terlibat
|
Tarikh Mula
|
Tarikh Tamat
|
Peringkat Pertama
|
Penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat
|
Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
|
27 Feb. 2014
|
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
|
Peringkat Ketiga
|
Pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor (500 JLH) dan empangan Klang Gates (30 JLH) oleh Kerajaan Negeri Selangor disebabkan paras simpanan air mentah yang rendah di kedua-dua empangan.
|
Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor
|
10 Mac 2014
|
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
|
Peringkat Keempat
|
Jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor ditingkatkan sebanyak 500 JLH kepada kepada 1,000 JLH.
|
Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang
|
4 April 2014
|
30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
|
2. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA SEMASA CATUAN BEKALAN AIR
- Menggunakan air dengan berjimat cermat
- Ditegah dari melakukan aktiviti-aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan/kekurangan lebih banyak bekalan air serta menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.
- Badan Pengurus Bangunan (JMB) bagi kediaman bertingkat seperti flat dan kondominium diminta mengawal paras kolam simpanan masing-masing sehinga mencapai paras yang stabil sebelum melepaskan air kepada penduduk. Ini bagi membantu penduduk di kawasan yang dijadualkan mendapat air menerima bekalan dalam tempoh yang dijadualkan.
- Para pengguna disarankan memperingatkan sesama jiran tetangga tentang penjimatan air dan mengelakkan pembaziran.
Sumber : Syabas
No comments:
Post a Comment