Sembilan petua daripada Rasulullah SAW untuk mencapai Doa Mustajab:-
- Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SWA bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."
- Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terkahir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda : "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa, orang yang berpuasa ketika ia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."
- Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Aku dilarang membaca Al-Quran ketika bersujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkan doa ketika itu.
- Hadis Abu Hurairah, Nabi SAW Bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerna sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."
- Ubdah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.
- Ata Bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
- Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Doa seorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: "Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan."
- Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesautu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonkannya itu".
No comments:
Post a Comment