Tuesday, January 8, 2013

Implanon

Harinie masuk opis lewat skit coz ada appoinment
dgn Klinik Nur Sejahtera Lppkn, Jln Raja Laut..
Untuk apa semua nieh? haaa tuk apa lagi klu
b'urusan dengan Lppkn nie klu bukan bab merancang...
Hehehe me dah decide dgn hbnd bagi planing family..
tuk kali nieh mau pasang Implanon..

Ramai bertanya nape xmo rancang sendiri..ermm bukan xnak tapi klu terbabas cmner?? wahhhh ayat..hehehe bukan apa anak dah 3org kesian lak, tuk skrg nk curah kasih sayang sebaik mungkin dlu..biar anak-anak membesar skit baru leh plan kemudian hari cmner kan..dlm islam pon mengalakkan merancang tuk kebaikan sesuatu keluarga..lgpon utk anak 3rd kan operate so atas nasihat doct elok 3thn akan dtg baru pregnent..

B4 nieh mmg xpenah amik sebarang ubat perancang or sebagainya tapi skrg dah nekad tuk mengambil semua nieh..ermm org kata amik jerla ubat..owhh tidak, aku bukan sorg yg rajen mkn ubat serius nnt skip satu ubat cmner haaa risiko kan..iud owhhh aku geli bab2 ini semua, so mmg muktamad implan!!! b4 pasang implan dorg suggest amik injection dlu..so aku amik injection selama 2kali di Klinik kesihatan biasa..kenapa perlu amik injection dlu..haaa sebabnya effect implan sama mcm injection so klu sebati dengan injection leh teruskan proses memasukkan implan..lgpon implan nieh belanja besar skit then kena masuk bwh kulit kat lengan..jadi bukan senang nk kluar masuk kan...

Proses memasukkan implan..sekejap sahaja..sakit tak? ramai b'citer sakit tapi jgn tertipu klu doct dah mahir mmg sekejap jer..tak sampai beberapa minit selepas d'bius satu rod implan dah ada dlm lengan kita..pantas!!! kita leh rasai dengan tangan rod tue berada dlm lengan kita..penjagaan utk tempah 1week tidak digalakkan mengangkat barang2 yg berat..dan selepas 1week dorg akan follow up implan yg akan dimasukkan..
pic implan hasil google
Info tentang Implan:

Cara Berfungsi
-hormon akan dikeluarkan secara perlahan-lahan utk mencegah ovulasi
-menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma

Cara Penggunaan
-rod implan dipasang di bwh kulit bhgian pertengahan lengan dan dikluarkan genap 3thn.

Keberkesanan
-Berkesan hampir 100%

Faedah
-Sangat Berkesan
-Selamat, mudah
-Memberi kesan jangka panjang
-Tidak mempengaruhi hubungan seksual.

Kesan bergantung badan seseorang
-Haid tak tetap (biasa)
-Berat badan naik (semua tue atas pemakanan kita, klu pandai ctrl)

RM320 oleh Lppkn
Klinik Swasta yang boleh mencecahkan RM500-RM900

Kad Implan tarikh berakhir 2016


3 comments:

  1. skrg dah ada macam2 cara utk jarakkan anak....
    tak salah cuba e!ya.....akak mmg tak pernah ambil sebarang ubat...rancang sendiri...

    ReplyDelete
  2. b4 nieh plan sendiri gak akak tp dah terbabas rase risau lak hehehehe

    ReplyDelete
  3. buat masa ni still rancang sendiri..
    implan pun takut gak nak pasang..ngeri hehe..

    ReplyDelete