Tuesday, January 17, 2012

Tips Supaya Anak Cepat Cakap

Berikut ini ada beberapa tips ;
1. Anda hendaklah selalu bercakap dengan anak anda. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi anda jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak anda. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati anda apabila anak anda sudah pandai meniru percakapan anda.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak

5. Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Info: Hasil Google..

2 comments:

  1. setuju dengan semua tips yang diberi.....

    ReplyDelete
  2. hope anak aku..
    akan bercakap dgn cepat..
    tapi jalan dulu laaa..
    waaaa.. penat nak dukung

    ReplyDelete