Friday, October 28, 2011

Tiramisu Simple

Jom nak try buat tiramisu simple tak?..sangat simple..rase obcoz sedap gebus jew..nnt nak buat lagik coz myabang dah suka..resepi nieh hasil carian dalam myresepi tenkiu empunya resepi mmg mudah, n bahan pon mudah carik..jimat coz leh mkn banyak2..n lemak pon bertimbun2 huk2

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

1 biji sponge kek/ lady fingers /apa2 kek

250ml whipping cream

200ml cream cheese

1/2 cawan gula halus

1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)

1 sudu makan serbuk nescafe

serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
Sedikit kesan comot n plate xsempat dilap secantik mungkin
..tolong buat2 tak npk taw!!
itu kes org xsabar..

No comments:

Post a Comment