Friday, February 12, 2010

TERSALAH BANTAL

Huhuhuuu..sakitnyer Sakit tengkuk! Sejak pagi tadi aku terasa..dok kat opis puas laa memegang tengkuk jerr..mujur laa kerusi kat opis leh pusing2 xde laa teruk sgt aku mau menoleh...sure anda d'luar sana pon penah rasai mcmne saya kena kan...huhuhu petang td myhbnd dah tulun tampal kooyook..tp si dhia lak tarik dari leher aku..mybe dhia pikir ape benda la kan..huhuhu sungguh kesian kat aku...

P2 sambil2 aku layan tenet nie search jap arr..solution untuk ilangkan seme nie org penah kata"
sesiapa yang sakit leher malam tadi, pergi jemur bantal tu ..tepuk² sikit...pd aku klu dok umah yang berkongsi atap dgn org lain cmne mau jemu ermm susahkan..huhuhuu...

K la meh kita tgk tip2 p'yembuhannyer....

Cara untuk mengelakkan sakit belakang:* Elakkan tidur disofa yang lembut.* Gunakan bantal yang diletakkan di bawah lutut ketika tidur.* Gunakan tempat letak kaki – ” Foot rest” ketika duduk – memastikan lutut tinggi daripada punggung.* Gunakan Lumbar support – Ketika duduk – mengekalkan lengkuk pinggang* Ketika memusing – Pusingkan seluruh badan, kekalkan kaki dan pinggul sama arah.

Senaman untuk sakit belakang
SENAMAN 1* Berdiri dengan kaki buka sedikit* Letakkan kedua tangan di bahagian punggung dan bengkokkan badan kebelakang.Tahan 10 saat. Ulang 10x
SENAMAN 2* Duduk dikerusi dengan bengkokkan badan kepala mencecah lutut.
SENAMAN 3* Baring bengkokkan kedua lutut dan angkat punggong. Tahan 10 saat dan ulang 10x
SENAMAN 4* Baring bengkokkan kedua lutut & jatuhkan kekiri dan kekanan.
Tahan 10 saat & ulang 10x
SENAMAN 5* Baring bengkokkan lutut
rapat kedada secara berselang-seli tahan 10saat & ulang 10x
Kebanyakkan kecederaan belakang terjadi bila-bila masa sahaja, oleh yang demikian, jagalah belakang anda sentiasa dan di mana sahaja. Perlu ingat… belakang anda sentiasa bekerja walaupun semasa anda tidur. ”Body mechanic” yang baik akan memberi perlindungan untuk tulang belakang. Pastikan tulang belakang seimbang pada posisi neutral. Mengelak itu lebih baik daripada mengubati

1 comment:

  1. salam
    mr hubby nani pernah cakap..klu kita tersalah tido, urat untuk kita urut bukan di leher tapi di lengan kiri kanan tgn kita.. cari urat yang besar.urut dengan cara dari atas kebawah.

    ReplyDelete