Menurut beliau, pembentukan gigi sebenarnya bermula di peringkat janin iaitu semasa kandungan berusia lima dan enam bulan. Gigi susu atau gigi yang akan berganti akan tumbuh. Biasanya kesemua 20 batang gigi susu akan tumbuh pada pada umur tiga tahun.Oleh itu, pengambilan makanan oleh ibu terutama kalsium ketika mengandung adalah penting kerana ia akan mempengaruhi pembentukan gigi pada janin itu sendiri.Sebaik sahaja anak tumbuh gigi pada peringkat bayi, ibu bapa perlu mempunyai tabiat membersihkan gigi bayi dengan menggunakan tuala basah atau kain lembut, katanya. Beliau juga menyarankan ibu bapa supaya membersihkan gusi bayi menggunakan tuala basah dan lembut selepas bayi selesai menyusu. Langkah ini bertujuan untuk mengelak sisa susu tertinggal di dalam mulut dan seterusnya terbentuk karies gigi, jelasnya. Dr. Halizah memberitahu, gigi kekal yang kita miliki hari ini sebenarnya bermula daripada gigi susu yang tumbuh pada usia enam bulan.Beliau juga memberitahu setiap gigi ada jadual pertumbuhan yang berbeza di mulai dengan gigi hadapan sebelum gigi di bahagian lain. Justeru itu, amat penting ibu bapa mengajar anak mengenai penjagaan gigi sejak kecil.Ajar anak-anak menggosok gigi mengikut jadual setiap pagi dan malam. Pastikan juga ibu bapa menjaga gigi dan jika boleh lakukan bersama anak-anak, jelasnya.
Menurut Dr. Halizah, selalunya gigi susu kanak-kanak akan penuh apabila umur mereka menjangkau usia setahun lebih hingga tiga tahun. Ketika itu anak-anak boleh diajar untuk menggunakan berus gigi yang lembut untuk menggosok gigi.Tip berjumpa doktor gigi kepada anak-anak* Seawal usia dua tahun, ibu bapa disaran membawa anak berjumpa doktor gigi walaupun tiada masalah. Jangan menunggu sehingga sakit kerana akan meninggalkan Pengalaman ngeri?anak terhadap doktor. * Lawatan pertama itu cukup sekadar pemeriksaan dan membiasakan anak-anak untuk berkenalan dengan doktor gigi. * Lawatan berikutnya selepas enam bulan untuk melihat kerosakan gigi. Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun pada doktor gigi akan hilang dengan sendirinya apabila dipupuk sejak kecil. * Galakkan anak minum air kosong selepas menyusu badan atau susu botol. * Jika anak makan makanan manis, ajar mereka bersihkan gigi selepas itu.* Elakkan memberi anak air yang manis dalam botol ketika hendak tidur.* Ubat-ubatan untuk kanak-kanak selalunya mengandungi gula. Cuba minta ubat yang kurang gula, Jika tidak berikan air kosong selepas mengambil ubat untuk membersihkan gula yang terlekat di celah-celah gigi.* Jangan biarkan anak-anak tertidur dengan puting susu masih di mulut kerana ia akan menyebabkan karies gigi."
Dengan penerangan d'atas yang sangat bguna tuk gigi si tecik aku telah mbeli berus gigi yang khas d'mana dengan cara m'masuk jari ibu then leh mberus slow2 ke gigi si kecik..
*aksi dhia mula2 xnak buka mulut tp last skali suka..suruh ibu teruskan kan lagi..then dhia trs mgigit berus tue huhuhuhu..
Esok besar jangan malas mjaga gigi tau!!
salam...
ReplyDeletenani pun ada belu berus tu untuk Azwa tapi nani guna untuk bersihkan lidah dia...hihihi..lps ni nk try bersihkan gigi dia jgklah...tq 4 d info...
thnks share info berguna ni..psni gusi pun kne bersihkan yer..
ReplyDeletensazwa: utk lidah pon boleh..ok gd luck..welkam2
ReplyDeleteemilia: ok gusi pon kena jaga
Saya pn dulu ada bli berus gigi yg mcm tu.. tp sejak Hakeem dah tumbuh gigi ni..xleh nak gune dah..digigit nye jari ibu dia.. La ni gune berus gigi yang ada batang tu.. bile nak gosok gigi je nangis mcm kena dera..tp ttp juga kena gosok gigi..biar dia biasa..
ReplyDeletediya: anak saya nie pon skrg dok gigit gak..nk beli berus gigi yang ada batang tue..pikir gg br ada 6 btg so biar dlu laa..biasa2 kan nie dlu..sok2 xde takut sgt nk guna berus yg ada btg tue
ReplyDeletesy pon same mcm diya tuh.. Airel dlu slalu jer gigit tgn umi dia nih mase nak gosok gigi.. tp skrg sy dah ajar Airel gosok gigi sdiri, tp kite kene tgkla... lgpon klu umi dia nak gosokkan, Airel msti tak nak.. takpela... ajar pelan2... lgpon bln 4 nih Airel dah 2 thn...
ReplyDeletegud info!!
ReplyDeletemane nk carik beros yg eiya guna tu ae..
kat guardian ade kot..
zue: nnt gg si kecik leh laa cuba mcm awak lak..ape2 pon thanks
ReplyDeletemamamiera: nie brands anakku..mybe byk kot dkt spmarket...saya beli dkt manjaku
Salam...
ReplyDeleteBuleh bagi alamat x..saya nk pos hadiah utk Dhia Irdina...email ke auntielyana@yahoo.com.au kk...segera tau...