Thursday, May 27, 2010

Bandung Episod 2

Sambungan Part 1..sowei coz terlambat bukan ape seme nie sebab kemalasan yang melanda..lgpon skrg malas rase mau buat keja so leh laa curi2 masa utk upload pic ke bandung..tapi xbuleh coz banyak sgt pic..n citer pon juz short2 jer...hehehehe..ini seme sebab tahap kemalasan masih ada...so layan jerla pic tue yer.. 1stday shopping
Tangkuban Perahu-Gunung Berapi

Bz Memilih kat Pasar Baru..banyak sgt pilihan Pening2
Ayam Penyet Ori punya
2nd day hasil habisan duit hehehe..
Tuk Hasil ketiga xsempat nk snap..kiranyer kayap jugak laa duit kat sana..ape2 besh n lagi besh kalu duit banyak mcm2 buleh beli...hehehee..ape2 enjoy holiday kat Bandung..

Monday, May 24, 2010

Diam Membisu....

Adoiiii mmg bhabuk giler blog aku nie...mana taknyer dah lama tak berblog..citer psl holiday ke Bandung pon xhbis citer...huhuhuhuhhuhuu..seme nie dah hilang mood tuk b'blog bukan ape coz b'sebab ?? Sebab ape erk...ermmm mslh ppuan kot keh3..mslh yang akan tjadi apabila s'sorg bgelar ibu...tp seme ini aku tak anggap mslh..coz seme ini rezeki kami sekeluarga..alhamdulilah aku bsyukur sangat..then aku hrp lepas nieh mood tuk b'blog dpt kembali..tp citer tuk bandung aku tpakse Stop coz mmg xde mood...tapi bukan bmakna tak best aku kesana cume mls...arghhhh..mls tahap cipan nieh..Adoiii Kembalikannnn Mood AKUUU pls...

Wednesday, May 12, 2010

Bandung Episod 1

Pada 6hb bersamaan khamis kami 1family seawal 6pagi keluar umah mnuju ke KL Sentral dgn menaiki bus ke LCCT coz flight ke Bandung 9.20pg so utk mggelak dr t'tinggal kami bergegas ker sana..alhamdulilah dlm 7.45pg kami sampai di LCCT setelah siap check-in kami bfast dlu...setelah kenyang perut kami trs masuk ke Kelepasan International..flight tak delay alhamdulilah tapi kami terpakse mnunggu 10mnt utk blepas disebabkan flight kena Q bagi hari tersebut..setelah 2jam kami dalam flight akhirnyer sampai di Husein Sustranegara International Airport Bandung mmg kecil n sempit airport dorg..cuaca cerah..Akhirnyer selamat sampai aku di tanah Bandung..1st time tgk suasana sekeliling amat berlainan..perumahan begitu padat..mmg begitu kelainan berbanding Malaysia..bagaimana cerita indo begitu laa keadaan asal di Indo..Jalan Raya yang amat padat dengan jem sana sini..pak polisi pon xmenang tangan..tp bagi dorg sudah biasa dgn keadaan sebegini..adoiii..hon sana sini..tapi yg aku respek..xde org maki hamun..relaks jer seme..klu d'Malaysia tunggu la..huhuhuuuu..Selesai Cek-in hotel ktorg terus keluar tuk lunch jam dah pkul1..perut dah stat keroncong..pak Agus bwk kami ke Dapur Sangkuriang..sesuai nyaman sekali..tenang tuk kami..selera seme coz kelaparan..sedapp..nyum..setalah selesai isi perut agenda 1st kami ke Rumah Mode..$$$$$$ money..money..tunggu episod ke 2..coz mau sbg keja..

Menu Ikan Bakar Gurame (Ikan Kaloi), Ayam Kampung Goreng, Sayur Kailan
Tempe Goreng Tepung, Sayur Kangkung..seme rase berlainan dgn M'sia..nyum sdp

Monday, May 3, 2010

Holiday Part 2

InsyaAllah klu xde aral mlintang..sihat walafiat semuanya..kami akan berangkat ke Bandung, Indonesia..pada 6-9hb May ..iaitu bersamaan khamis nie laa..mmg destinasi nie dah lama aku kempunan..actually tiket flight aku n opis mate booking dr tahun lepas lagi...maklum laa time tue air asia buat offer so apa lagik cergas la m'booking..masing2 dah plan mau ke Bandung coz ada mber opismate aku nieh selalu sgt ke sana ape yg menarik sgt pon aku xtau la...dorg kata sana syurga mbeli belah...bwk duit bjuta2 wow!!..tp skejap jer hbis...aku risau lari bajet jer nieh...huhuhuhu
Haa blogger seme ada tak tempat yg best tuk suggest..maybe ada yang pernah sampai kan...ada org citer baju kids pon murah kat sana..telekung..kebaya sulam n pelbagai lagi la mmg murah kat sana...pls laa suggest coz sng trs g serbu nnt hehehee...mcm duit bpuluh2 juta jer mau serbu kan..uwekkk!!! tenkiuuu

Saturday, May 1, 2010

Nak Stop Guna "Pacifier" Ada Petua Tak??

Orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother".

Puting kosong ini menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.

Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa. Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing? Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis... Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata.

Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite". "Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.
Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang menadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan? Petikan dari Blog Dr.Azwan


**memang ibu tahu keburukan guna pacifier nie..tapi masa dhia baby dlu..dia kerap mnangis so tuk atasi pblem nie try guna pacifier jadi bkurangan dhia nangis..tapi skrg dhia xde laa fulltime dok nyot2 jer..cume time nk tido jer...tapi skrg ibu nekad nak buang pacifier nie...coz takut effect gg nanti..coz gg dhia dah tumbuh huhuhuu..ada petua yang besh2 tak tuk share..jom2 tq